Wednesday, 24 September 2014

Third Week in Research and FYP class

3rd Week in Research and FYP class






In week three of class. We learn about how to develop a storyline from problem statement.  We are involve in class activity and then we are divided into 5 or 6 group. At the end of the group discussion we have list the main problem and we decide that the title  will be the "Why we are always late go to class?". So, we define the cause that became the factors of "Why we are always late go to class?".
-sleep late
-broken clock
-traffic jam
-raining day
wake up late
-transport problem
-doing assignment
-and so on


Saturday, 20 September 2014

Latar Belakang Cik Siti Wan Kembang


            Cik Siti Wan Kembang merupakan Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Cik Siti Wan Kembang merupakan satu-satunya Raja Perempuan yang sangat dikenali kerana kejelitaaan dan kewibawaan baginda dalam mentadbir kerajaan pada masa dahulu. Namun, lagenda melayu ini semakin dilupakan kerana generasi muda sekarang banyak dipengaruhi oleh filem dan cerita lagenda dari negara-negara barat. Kajian reka bentuk watak Cik Siti Wan Kembang dalam animasi adalah untuk menarik minat generasi muda dan menghidupkan kembali sejarah melayu dalam masyarakat. Kajian ini juga turut menjalankan tentang teknik animasi 2.5 dimensi (2.5D) yang akan dimasukkan dalam pengadaptasian Cik Siti Wan Kembang ini. Animasi 2.5D adalah gabungan antara animasi 2 dimensi (2D) dengan animasi 3 dimensi (3D). Animasi 2.5D adalah animasi 2D di dalam ruang animasi 3D. Teknik cut-out merupakan salah satu teknik animasi yang akan dikaji dalam kajian. Oleh itu, penyelidik menggunakah kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat.





Wednesday, 17 September 2014

Thesis Proposal



1.0 PENGENALAN
            Cik Siti Wan Kembang merupakan Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Cik Siti Wan Kembang merupakan satu-satunya Raja Perempuan yang sangat dikenali kerana kejelitaaan dan kewibawaan baginda dalam mentadbir kerajaan pada masa dahulu. Namun, lagenda melayu ini semakin dilupakan kerana generasi muda sekarang banyak dipengaruhi oleh filem dan cerita lagenda dari negara-negara barat. Kajian reka bentuk watak Cik Siti Wan Kembang dalam animasi adalah untuk menarik minat generasi muda dan menghidupkan kembali sejarah melayu dalam masyarakat.
           

1.1 OBJEKTIF
1.      Untuk menyelidik bentuk animasi yang sesuai untuk generasi muda.

2.      Untuk menganalisa data berkaitan tentang sejarah Cik Siti Wan Kembang.

3.      Untuk mencadangkan lagenda Cik Siti Wan Kembang diadaptasikan kepada reka bentuk watak dalam animasi.

4.      Untuk membuat validasi ke atas data yang berkaitan dengan sejarah Cik Siti Wan Kembang.


1.2 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik menemui beberapa persoalan dalam kajian reka bentuk watak lagenda Cik Siti Wan Kembang. Antaranya :-

1.   Sejauh manakah kajian reka bentuk watak Cik Siti Wan Kembang dalam animasi dapat menarik minat generasi muda?

2.   Apakah pendekatan yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang Cik Siti Wan Kembang?

3.   Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menarik minat generasi muda untuk mengetahui lagenda Cik Siti Wan Kembang?


KAJIAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN
            Mengikut penyelidik terdahulu kajian literatur adalah amat penting dalam membuat sesuatu kajian. Hal ini penting untuk memudahkan penyelidik lebih mengetahui tentang kajian yang hendak dijalankan dan lebih memahaminya. Kajian literatur juga dikatakan sebagai titik permulaan bagi seseorang penyelidik untuk memulakan kajian. Kajian literatur juga merupakan salah satu bukti dimana penyelidik benar-benar mengkaji apa yang hendak dikaji supaya tidak ada perkara yang sama yang telah dikaji dan juga untuk menambahbaikkan sesuatu kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Kajian literatur juga perlu dilaksanakan bagi memudahkan penyelidik mengetahui sesuatu perkara dan maklumat yang hendak dikaji. Kajian literatur juga dijadikan sebagai bahan bukti bahawa kajian yang ingin dijalankan ini belum lagi dilaksanakan oleh mana-mana pihak lain.

KAJIAN LEPAS
Nurshila Lusiang (2011) telah menjalankan  kajian tentang  “Adaptasi Lagenda Huminodun dalam Animasi 2D”, kajian ini dijalankan adalah untuk memberi pemahaman dan motivasi kepada masyarakat  dan suku kaum Dusun khususunya terhadap identiti dan  latar belakang suku kaumnya.  Dalam kajian ini, pengkaji mengunakan beberapa kaedah bagi membangunkan animasi dua dimensi antaranya ialah Animasi Laluan (Path Animation), Animasi Sel (Cel Animation), Animasi Skrin atau Transaksi Objek, Animasi Fon dan Ikon. Terdapat beberapa perisian komputer yang digunakan untuk menghasilkan animasi 2 dimensi ini, antaranya adalah Macromedia Imageready, Toonboom Studio dan Swish Max.
Selain itu, kajian Amir Ismail (2009) telah menjalankan kajian dalam mengadaptasikan “Ulik Mayang Seni Tarian dalam 2 Dimensi”. Tarian Ulik Mayang digunakan dalam perubatan tradisional. Ia menjadi identiti masyarakat Terengganu kerana tarian ini menjadi amalan masyarakat Melayu di Terengganu. Dalam kajian ini, pengkaji telah memperkenalkan Tarian Ulik Mayang kepada kanak-kanak aplikasi animasi yang digunakan dapat dimanfaatkan masyarakat masa kini. Kajian ini hanya tertumpu kepada golongan dewasa, ibu bapa dan kanak-kanak yang dibuat di sekitar bandar Kuching.
Dapatan kajian yang pernah dikaji pada tahun 2011 seperti “Adaptasi Lagenda Puteri Saadong Berbentuk Animasi 3D”. Kajian ini dilakukan bagi mengadaptasikan cerita lagenda ini berbentuk dimensi, agar ia dapat membantu pelajar mengetahui dan memahami cerita lagenda Puteri Saadong di Kelantan dengan lebih mudah, dan dikatakan Puteri Saadong hanya diadaptasi melalui pementasaan sahaja. Oleh sebab itu, ia tidak menarik minat sesetengah golongan pelajar kerana adaptasi pementasan amat membosankan kepada pelajar yang tidak gemar melihat pementasan. Kajian “Adaptasi Cerita Lagenda Puteri Saadong dalam Bentuk Animasi 3D” ini, dijalankan kepada pelajar dan bukan pelajar di Universiti Malaysia Sarawak.
Di samping itu, Aloysius Yapp juga membuat kajian tentang cerita lagenda yang diadaptasi ke dalam bentuk dimensi iaitu tajuk kajiannya ialah “Rentap: Adaptasi Cerita Lagenda ke dalam Bentuk Animasi 2 Dimensi”. Dalam kajiannya, pengkaji membincangkan tentang kepentingan pemeliharaan terhadap cerita lagenda dan mitos. Terdapat banyak cara untuk mendokumentasikan maklumat yang diperolehi daripada sumber lisan ke dalan bentuk teks, sumber-sumber hasil dapatan teks boleh diadaptasikan ke dalam bentuk persembahan pementasan, muzikal, dan animasi. Bagi pengkaji, hasil persembahan terdapat nilai komersial, ianya secara tidak langsung memelihara cerita lagenda dan mitos dengan kaedah yang berpotensi untuk menarik minat generasi muda.  Kajian tersebut bertujuan mengadaptasikan cerita lagenda Iban-Rentap ke dalam bentuk persembahan animasi demi memahami identiti sebenar serta motivasi yang akan mempengaruhi bangsanya sendiri. 


3.0  METODOLOGI PENYELIDIKAN

Pendekatan
            Penyelidik akan menjalankan penyelidikan yang pelbagai untuk mengumpul data yang banyak dan tepat mengenai tajuk yang telah dipilih. Penyelidik akan menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif kerana penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat dari responden. Dengan cara ini juga memudahkan penyelidik memahami maklumat yang diberikan oleh responden. Hasil kajian ini bergantung kepada responden yang memberi maklumat atau menjawab borang soal selidik yang penyelidik edarkan. Kajian ini juga menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menemubual warga emas untuk mendapatkan maklumat yang mendalam dan tepat. Penyelidik akan membuat keputusan yang bijak untuk memenuhi keperluan kajian.

Teknik menganalisa data
Penyelidik akan membuat pemerhatian ke atas soalan-soalan yang akan diajukan kepada responden berdasarkan pada pemerhatian animasi di dalam dan luar negara. Soalan-soalan yang dihasilkan adalah berkaitan dengan Cik Siti Wan Kembang. Perbandingan ciri animasi dilakukan untuk kaedah alternatif yang lebih baik.



KESIMPULAN

Pengadaptasian lagenda Cik Siti Wan Kembang dalam reka bentuk watak dalam animasi perlulah dilaksanakan kerana generasi muda sekarang lebih banyak dipengaruhi oleh budaya dan cerita-cerita barat sehingga lagenda melayu dilupakan. Selain itu, pengadaptasian ini juga dapat menarik minat generasi muda disebabkan zaman teknologi sekarang kerana generasi muda lebih berminat kepada animasi-animasi yang berwajah baru.
Diharapkan dengan pengadaptasian ini mitos melayu tidak akan dilupakan seiring dengan teknologi yang kian canggih ini. Pengadaptasian ini mampu memberi nilai-nilai murni dan lebih mengetahui tentang sejarah-sejarah melayu negeri Kelantan iaitu lagenda Cik Siti Wan Kembang.




RUJUKAN

1.       Othman Puteh et al, 366: A Collection Of Malaysian Folk Tales, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1995, hlm 47.

2.       Sa’ad Shukri Hj Muda, Detik-Detik Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1971, hlm 25.

3.       Ibid.

4.       Akhbar Kosmo, Kisah Raja Perempuan Kelantan, Dimuat Turun pada 20 Mac 2014 daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

5.       Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Cik Siti Wan Kembang, Dimuat Turun pada 20 Mac 2014 daripada Http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Cik_Siti_Wan_Kembang








[1] Othman Puteh et al, 366: A Collection Of Malaysian Folk Tales, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1995, hlm 47.
[2]Sa’ad Shukri Hj Muda, Detik-Detik Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1971, hlm 25.
[3] Ibid.
[4]Akhbar Kosmo, Kisah Raja Perempuan Kelantan, Dimuat Turun pada 20 Mac 2014 daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
[5] Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Cik Siti Wan Kembang, Dimuat Turun pada 20 Mac 2014 daripada Http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Cik_Siti_Wan_Kembang