1.0 PENGENALAN
Cik Siti Wan Kembang merupakan Raja
Wanita Pertama negeri Kelantan. Cik Siti Wan Kembang merupakan satu-satunya
Raja Perempuan yang sangat dikenali kerana kejelitaaan dan kewibawaan baginda
dalam mentadbir kerajaan pada masa dahulu. Namun, lagenda melayu ini semakin
dilupakan kerana generasi muda sekarang banyak dipengaruhi oleh filem dan
cerita lagenda dari negara-negara barat. Kajian reka bentuk watak Cik Siti Wan
Kembang dalam animasi adalah untuk menarik minat generasi muda dan menghidupkan
kembali sejarah melayu dalam masyarakat.
1.1 OBJEKTIF
1. Untuk
menyelidik bentuk animasi yang sesuai untuk generasi muda.
2. Untuk
menganalisa data berkaitan tentang sejarah Cik Siti Wan Kembang.
3. Untuk
mencadangkan lagenda Cik Siti Wan Kembang diadaptasikan kepada reka bentuk
watak dalam animasi.
4. Untuk
membuat validasi ke atas data yang berkaitan dengan sejarah Cik Siti Wan
Kembang.
1.2 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan
kajian yang dijalankan, penyelidik menemui beberapa persoalan dalam kajian reka
bentuk watak lagenda Cik Siti Wan Kembang. Antaranya :-
1. Sejauh
manakah kajian reka bentuk watak Cik Siti Wan Kembang dalam animasi dapat menarik
minat generasi muda?
2. Apakah
pendekatan yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang Cik Siti
Wan Kembang?
3. Bagaimanakah
cara yang sesuai untuk menarik minat generasi muda untuk mengetahui lagenda Cik
Siti Wan Kembang?
KAJIAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
Mengikut penyelidik terdahulu kajian
literatur adalah amat penting dalam membuat sesuatu kajian. Hal ini penting
untuk memudahkan penyelidik lebih mengetahui tentang kajian yang hendak
dijalankan dan lebih memahaminya. Kajian literatur juga dikatakan sebagai titik
permulaan bagi seseorang penyelidik untuk memulakan kajian. Kajian literatur
juga merupakan salah satu bukti dimana penyelidik benar-benar mengkaji apa yang
hendak dikaji supaya tidak ada perkara yang sama yang telah dikaji dan juga
untuk menambahbaikkan sesuatu kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Kajian
literatur juga perlu dilaksanakan bagi memudahkan penyelidik mengetahui sesuatu
perkara dan maklumat yang hendak dikaji. Kajian literatur juga dijadikan
sebagai bahan bukti bahawa kajian yang ingin dijalankan ini belum lagi
dilaksanakan oleh mana-mana pihak lain.
KAJIAN LEPAS
Nurshila Lusiang (2011) telah menjalankan kajian tentang “Adaptasi Lagenda Huminodun dalam Animasi
2D”, kajian ini dijalankan adalah untuk memberi pemahaman dan motivasi kepada
masyarakat dan suku kaum Dusun
khususunya terhadap identiti dan latar
belakang suku kaumnya. Dalam kajian ini,
pengkaji mengunakan beberapa kaedah bagi membangunkan animasi dua dimensi
antaranya ialah Animasi Laluan (Path Animation), Animasi Sel (Cel
Animation), Animasi Skrin atau Transaksi Objek, Animasi Fon dan Ikon.
Terdapat beberapa perisian komputer yang digunakan untuk menghasilkan animasi 2
dimensi ini, antaranya adalah Macromedia Imageready, Toonboom Studio
dan Swish Max.
Selain itu, kajian Amir Ismail (2009) telah menjalankan kajian dalam
mengadaptasikan “Ulik Mayang Seni Tarian dalam 2 Dimensi”. Tarian Ulik Mayang
digunakan dalam perubatan tradisional. Ia menjadi identiti masyarakat
Terengganu kerana tarian ini menjadi amalan masyarakat Melayu di Terengganu.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memperkenalkan Tarian Ulik Mayang kepada
kanak-kanak aplikasi animasi yang digunakan dapat dimanfaatkan masyarakat masa
kini. Kajian ini hanya tertumpu kepada golongan dewasa, ibu bapa dan
kanak-kanak yang dibuat di sekitar bandar Kuching.
Dapatan kajian yang pernah dikaji pada tahun 2011 seperti “Adaptasi
Lagenda Puteri Saadong Berbentuk Animasi 3D”. Kajian ini dilakukan bagi
mengadaptasikan cerita lagenda ini berbentuk dimensi, agar ia dapat membantu
pelajar mengetahui dan memahami cerita lagenda Puteri Saadong di Kelantan
dengan lebih mudah, dan dikatakan Puteri Saadong hanya diadaptasi melalui
pementasaan sahaja. Oleh sebab itu, ia tidak menarik minat sesetengah golongan
pelajar kerana adaptasi pementasan amat membosankan kepada pelajar yang tidak
gemar melihat pementasan. Kajian “Adaptasi Cerita Lagenda Puteri Saadong dalam
Bentuk Animasi 3D” ini, dijalankan kepada pelajar dan bukan pelajar di
Universiti Malaysia Sarawak.
Di samping itu, Aloysius Yapp juga membuat kajian tentang cerita lagenda
yang diadaptasi ke dalam bentuk dimensi iaitu tajuk kajiannya ialah “Rentap:
Adaptasi Cerita Lagenda ke dalam Bentuk Animasi 2 Dimensi”. Dalam kajiannya,
pengkaji membincangkan tentang kepentingan pemeliharaan terhadap cerita lagenda
dan mitos. Terdapat banyak cara untuk mendokumentasikan maklumat yang
diperolehi daripada sumber lisan ke dalan bentuk teks, sumber-sumber hasil
dapatan teks boleh diadaptasikan ke dalam bentuk persembahan pementasan,
muzikal, dan animasi. Bagi pengkaji, hasil persembahan terdapat nilai
komersial, ianya secara tidak langsung memelihara cerita lagenda dan mitos
dengan kaedah yang berpotensi untuk menarik minat generasi muda. Kajian tersebut bertujuan mengadaptasikan
cerita lagenda Iban-Rentap ke dalam bentuk persembahan animasi demi memahami
identiti sebenar serta motivasi yang akan mempengaruhi bangsanya sendiri.
3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
Pendekatan
Penyelidik
akan menjalankan penyelidikan yang pelbagai untuk mengumpul data yang banyak
dan tepat mengenai tajuk yang telah dipilih. Penyelidik akan menjalankan kajian
dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif kerana penyelidik akan mengedarkan borang soal
selidik untuk mendapatkan maklumat dari responden. Dengan cara ini juga
memudahkan penyelidik memahami maklumat yang diberikan oleh responden. Hasil
kajian ini bergantung kepada responden yang memberi maklumat atau menjawab borang
soal selidik yang penyelidik edarkan. Kajian ini juga menggunakan kaedah
penyelidikan kualitatif dengan menemubual warga emas untuk mendapatkan maklumat
yang mendalam dan tepat. Penyelidik akan membuat keputusan yang bijak untuk
memenuhi keperluan kajian.
Teknik menganalisa data
Penyelidik akan
membuat pemerhatian ke atas soalan-soalan yang akan diajukan kepada responden
berdasarkan pada pemerhatian animasi di dalam dan luar negara. Soalan-soalan
yang dihasilkan adalah berkaitan dengan Cik Siti Wan Kembang. Perbandingan ciri
animasi dilakukan untuk kaedah alternatif
yang lebih baik.
KESIMPULAN
Pengadaptasian lagenda Cik Siti Wan Kembang dalam reka
bentuk watak dalam animasi perlulah dilaksanakan kerana generasi muda sekarang lebih
banyak dipengaruhi oleh budaya dan cerita-cerita barat sehingga lagenda melayu
dilupakan. Selain itu, pengadaptasian ini juga dapat menarik minat generasi
muda disebabkan zaman teknologi sekarang kerana generasi muda lebih berminat
kepada animasi-animasi yang berwajah baru.
Diharapkan dengan pengadaptasian ini mitos melayu
tidak akan dilupakan seiring dengan teknologi yang kian canggih ini.
Pengadaptasian ini mampu memberi nilai-nilai murni dan lebih mengetahui tentang
sejarah-sejarah melayu negeri Kelantan iaitu lagenda Cik Siti Wan Kembang.
RUJUKAN