Monday, 13 October 2014

Pengertian Animasi

PENGERTIAN ANIMASI

            Menurut Hassan Abdul Muthalib (2010), animasi adalah satu siri lukisan atau pergerakan yang mana selepas digambar atau dirakam akan mewujudkan ilusi pergerakan. Terdapat tiga perkara yang penting dalam animasi iaitu lukisan, rakaman dan tayangan. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah penting dalam sesebuah animasi. Manakala, menurut Ibiz Fernandes (2002), dalam bukunya Macromedia Flash Animation & Cartooning: A creative Guide, animasi didefinisikan sebagai proses rakaman dan main semula urutan imej pegun untuk mencapai ilusi dari terus bergerak.

            Menurut Adinda & Adjie (2011), animasi merupakan serangkaian gambar gerak cepat yang terus-menerus yang memiliki hubungan antara satu sama lain. Animasi yang awalnya hanya berupa rangkaian dari potongan-potongan gambar yang digerakkan sehingga dilihat hidup. Namun begitu, menurut Maestri & Adindha (2006), animasi dijelaskan sebagai dasar dalam mempelajari gerak suatu objek, gerakan merupakan bahagian utama agar suatu karakter dilihat hidup. Gerakan memiliki hubungan yang erat dalam pengaturan waktu dalam animasi.

No comments:

Post a Comment